Tuesday, 24 July 2012


:::♥ IMPIAN CINTA PADA-NYA ♥:::

Aku impikan diriku
yang sentiasa ghairah bertasbih
mengadu rindu padaNYA
mengasihiNYA sepenuh jiwa raga
mencintaiNYA sekuat hati

Aku impikan diriku yang sentiasa mengalirkan air mata
akibat rindunya aku pada penciptaku
akibat malunya aku kerana sering berbuat maksiat
akibat segannya aku kerana sering menipu
kecintaanku padaNYA

Aku impikan diriku yang sentiasa bergetar hatinya
pabila nama tuhanku disebut
jantungku berdegup kencang
bila disebut azabNYA
tetapi tenang semula
bila dicerita kasih sayangNYA

Aku impikan diriku
yang setiap detik mengingatiNYA
akan nikmatnya yang tidak terhingga
kerana aku tiada apa-apa
dialah yang MAHA PEMBERI

Aku impikan diriku
yang sentiasa bertawakal padaNYA
yang Maha mengetahui apa yang terbaik buat diriku
Maha suci dari menzalimiku
kerana DIA penciptaku
yang penuh dengan kecintaan pada makhluknya yang dhaif
seperti aku....

# Salam Ukhuwah . Salam Perjuangan . Mujahid Mujahidah

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

No comments:

Post a Comment