~NASIHAT BUKAN BERMAKNA NAK TUNJUK BAIK~
Mesti ada dikalangan kita penah alami mcmni....
"kadang bila kita nasihat orang,
orang susah nak terima malah dia akan cakap
sibuk nak nasihat orang,
diri sendiri pun tak betul nak nasihat orang konon macam la diri tu bagus sangat.
lebih baik jaga tepi kain sendiri daripada sibuk je nak jaga tepi kain orang"
_______________________________________
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu,
bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu.
Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu,
kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.
Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna,
nescaya tidak akan ada pendakwah.
Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."
- Imam Hasan al-Basri-
_______________________________________
Kita tak perlu mencari orang yang sempurna untuk menegur kita..
dan kita tak perlu menjadi orang yang sempurna untuk menegur orang lain..
kerana orang arab selalu kata,
nobody is perfect! :)
tegurlah saya wahai sahabat kalau saya salah,
dan saya juga bila saya plak menegur bukan kerana saya betul dan awak salah,
tapi kita setiap hari belajar untuk memperbaiki diri bukan?
Dan pembaikan itu lebih baik apabila kita saling nasihat-menasihati...
_______________________________________________
-admin, AsrarQalbi
seindahcintaislam :) ♥
______________________________________
mohon copy... :)
ReplyDeletemohon share kata-kata di atas
ReplyDelete