subscribe

Followers

Nuffnang

page seindah cinta islam

Please like this page

Friday, 30 December 2011

~sekadar perkongsian bersama~


Ya ALLAH.. 
Bila kehadiranku MENGANGGU hatinya, 
tidak membawa KEBAIKKAN padanya, maka Kau pisahkanlah kami biarpun kami terluka.. 
Bila aku TIDAK LAYAK dan bukan yang terbaik untuknya.. 
maka Kau jauhkanlah aku darinya.. 
Bila bukan aku yang TERTULIS untuk melengkapkan separuh dari agamanya, 
maka JARAKKAN kami agar tidak timbul rasa yang mengundang KECEWA… 
amin ya rabbal alamin... 
Andai kehadiranku punca GOYAHNYA IMANMU, 
maafkan aku.. 
Andai kehadiranku punca HATIMU MERANA, 
maafkan aku.. 
Andai kehadiranku punca LALAINYA HATIMU, 
maafkan aku.. 
Sungguh, itu semua BUKANLAH NIATKU.. 
Ya Allah, ku akui KELEMAHAN dan KESILAPANKU.. 
andai pernah diriku menjadi PUNCA jauhnya seseorang hamba daripadaMu, 
AMPUNIKU ya Allah..


Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, 
ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. 
Hanya Allah yang boleh memegangnya. 
Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah. 
Sebab kita nak dia pegang kukuh2 hati kita. 
Bila Dia pelihara dan masuk dalam hati kita, 
itulah nikmat lazatnnya bercinta. 
Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, 
kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah. 
Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia..


Ya Allah, kurniakanlah kepada ku sahabat yang baik.. 
sahabat yang setia bersama-samaku mencari syurga dan keredhaanMu.. 
sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui akan hati-hati hambaMu.. 
ku memohon petunjuk dari Mu.. 
janganlah kiranya Kau pertemukan ku dengan golongan yang fasiq dan lalai.. 
kerana ku juga adalah sebahagian dari mereka.. 
ku ingin mencari insan yang Engkau cintai.. 
agar ku dapat memperbaiki diri ku... 
hanya Engkau tempat ku menggantungkan pengharapan.. 
wahai Tuhan yang Maha berkuasa.. 
Amin Ya Rabbal alamin..


Jika Allah selalu bsamamu, maka siapa yg harus engkau takuti? 
Sebaliknya, 
Jika Allah menjadi musuhmu, 
Maka kpd siapa engkau akn berharap?

"Segala yang ada di langit dan bumi adalah kepunyaan Allah. 
Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu sembunyikannya, 
nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. 
Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan menyiksa sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya). 
Dan (ingatlah), 
Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." 

(Surah Al-Baqarah: 284)


Jika kau rindu padaku, Dahuluilah kerinduanmu pada DIA, Jika kau cinta padaku, Cintailah DIA melebihi cintamu padaku,

kerna DIAlah segala-galanya buat kau dan aku,

cinta sesama manusia hanya sementara,

sedangkan cinta pada Ilahi berkekalan selamanya,

tetapi,

cinta manusia itu jambatan menuju syurga...

kerana lelaki dan perempuan yang saling mencintai kerana Allah akan dinaungi di akhirat kelak...♥♥

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH



 







No comments:

Post a Comment