Wednesday, 25 September 2013

:::.. USAH KHUATIR DENGAN CINTA ..:::

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w....




"Usahlah khuatir dengan cinta.
Seandainya cinta itu cinta yang telah ditetapkan
oleh Allah,
maka biarlah cinta itu mengalir dengan aliran
Allah S.W.T yang telah menciptakan cinta itu"

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH



 

Thursday, 19 September 2013

KITA SERING TERLEKA

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w....




Kita Sering Terlena

Perkara Yang Menghairankan
Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa.

Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya.

Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir,
tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.

Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan,
tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.

Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa.

Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya.

Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya..

Allahurabbi..


______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH




Sunday, 15 September 2013

::: CINTA KEPADA ALLAH :::

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w....



BILA kita CINTA kepada manusia,
tak semestinya manusia CINTA kepada kita..
tetapi BILA kita CINTA kepada ALLAH SWT,
nescaya CINTA ALLAH tiada penghujungnya…

BILA kita CINTA kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai..
tetapi BILA kita CINTA kepada ALLAH,
kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada ALLAH SWT juga…

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

 

Friday, 13 September 2013

::: Jangan pernah tinggalkan solat dan al-Quran :::

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w....



Selemah mana pun iman kita jangan pernah tinggalkan solat dan al-Quran..

"Iman itu boleh bertambah dan boleh berkurang, maka perbaharuilah imanmu dengan LAA ILAAHA ILLALLAH"
 
-(HR. Ibnu Islam)

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


Thursday, 12 September 2013

BUAT RENUNGAN

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w....



Aku Bimbang...
aku mungkin nampak mulia
dihadapan manusia..
Tetapi akulah yang paling hina 
dihadapan Allah..

Rendahkan dirimu di hadapan manusia InsyaAllah
ALLAH akan muliakanmu dihadapan para Malaikatnya yang Mulia


______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH
 

 

CINTA KERANA ALLAH

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w....



CINTA bukan hanya kata-kata bermadah,
tetapi CINTA adalah AMANAH daripada ALLAH.
sesungguhnya CINTA itu indah
kerana ia Adalah KURNIA daripada
ALLAH yang Maha Indah.
Jesteru, jagalah kesucian dan keindahan
cinta itu dengan berkata kepada kekasih hatimu..
AKU CINTA KEPADAMU KERANA ALLAH

| Cinta kerana Allah, Ustaz Pahrol Mohd. Juoi |


______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

Tuesday, 10 September 2013

RENUNGAN

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w....



Seorang lelaki mengadu kepada Imam Sahl bin Abdullah At-Tustari: "Wahai tuan.
Ada orang masuk ke rumahku lalu mencuri hartaku dan merosakkan barang-barangku."

Imam Sahl menjawab:
"Bersyukurlah kepada Allah s.w.t kerana bukan syaitan yang masuk ke dalam hatimu,
lalu mencuri imanmu dan merosakkan tauhidmu.

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH
 

Sunday, 8 September 2013

DIDIKLAH ANAK DENGAN DIDIKAN AGAMA

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w....


"Wahai ibu-ibu muslimah,
di depan anda
adalah anak-anak anda.
Mereka seperti
adunan tepung.
Anda boleh membentuknya
sebagaimana yang anda kehendaki,
maka
bersegeralah untuk membentuk mereka
dengan bentuk yang diredhai
oleh Allah dan RasulNya."

Sebuah hadis Rasulullah saw yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah akan bertanya kepada setiap penanggungjawab akan tanggungjawabnya, apakah mereka telah memeliharanya atau mensia-siakannya.”

(Riwayat Ibnu Hibban)

Ada satu hadis yang ringkas dan sering kita dengar… 
sebagaimana sabda Nabi SAW yang diriwayat oleh Imam Bukhari : 
“Tiada (seorang anakpun) yang dilahirkan kecuali ia dilahirkan dalam keadaan fitrah. Maka kedua orang tuanyalah yang menyebabkan ia menjadi Yahudi, atau menjadikannya Nasrani atau menjadikannya Majusi (penyembah api)."
______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


Saturday, 7 September 2013

RENUNGAN

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w....



" Apabila kamu merasa letih membuat kebaikan, 
maka sesunguhnya 
keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus berkekalan..
Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa 
maka sesungguhnya 
keseronokan itu akan hilang 
dan dosa yang dilakukan akan terus kekal."

-Saidina Ali bin Abi Thalib 

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH
 

Friday, 6 September 2013

ANAK ADALAH AMANAH

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w....



Didiklah anak-anak kenal Akhirat
kenal HUKUM-HUKUM ALLAH
kerana Anak-Anak adalah AMANAH
bukannya HAK kita.

Sebuah hadis Rasulullah saw yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah akan bertanya kepada setiap penanggungjawab akan tanggungjawabnya, apakah mereka telah memeliharanya atau mensia-siakannya.”

(Riwayat Ibnu Hibban)


Untuk melaksanakan amanah ini seperti mana yang dipertanggungjawabkan oleh Allah swt, maka ibu bapa perlulah bersedia dari segi jasmani dan rohani seperti melengkapkan diri masing-masing dengan pengetahuan agama yang baik dan mengamalkan cara hidup Islam di dalam keluarga. Dari segala pengetahuan penghayatan agama yang ada di dalam diri kedua ibu bapa, maka curahkanlah segalanya kepada anak-anak supaya mereka dapat menjauhkan diri mereka dari segala anasir-anasir jahat yang sentiasa berusaha untuk merosakkan akidah dan iman mereka. Cara ini mampu melahirkan generasi Rabbaniah yang mempunyai jati diri yang kuat dan tidak tergugat apabila ia memasuki mana-mana kelompok masyarakat.

Alangkah baiknya kalau anak tersebut menjadi manusia yang berguna dan taat kepada Allah, dia akan menjadi harta yang sangat tidak ternilai berbandingkan dengan harta dunia yang lain, kerana anak yang soleh akan membantu ibu bapanya untuk masuk ke syurga Allah.

KREDIT: ustaz nor amin
 

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH
 

Takdir Ilahi Itu Indah

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w....




Andai ini jalanNya,
Lapangkan jiwa terima segala,
Kerana jalan ini menuju bahagia,
Biar merasa derita diawalnya.

Sahabat,
Andai diuji usah lelah,
Kerana takdir dari Ilahi itu terlalu indah...
Senyum dan bersyukurlah...

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH
 

Thursday, 5 September 2013

:::.. KERANA 20SEN ITU ..:::

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w....




:::.. KERANA 20SEN ITU ..:::

Sama-sama kita muhasabah diri kita sebentar.

Sayu mengenangkan
kejadian sebentar tadi..
Bersyukur atas nikmatMu. Alhamdulillah..
Kalau kita terasa susah,
ada lagi yang lagi susah.
Dan mereka tak pernah merungut, 
kerana mereka tahu,
rungutan mereka tidak akan
kemana.. Allahhurabbi..


Tiap pagi, sebelum sampai opis,
akan saya berhenti beli nasi lemak di simpang tak jauh dari
rumah sewa. 
Pelanggan tetap pakcik tu kononnye (^_^)
dan sy pasti akan muncul
di sekitar jam 6:30pg.

Dan setiap kali berhenti membeli,
setiap kali itulah juga anak kecik bernama Ashraf berusia 9 tahun
akan membeli nasi lemak di gerai yang sama
dengan lengkap berpakaian sekolah.
Setiap kali kami membeli diwaktu yang sama, akan saya
bayarkan nasi lemak yang adik ini mahukan.
Pada saya, apalah sangat harga Rm1.50 untuk dikongsi
bersama adik comel ni..

Dan dalam kesayuan suaranye,
dia tak putus-putus ucapkan terima kasih.
Mungkin inilah peluang yang Allah berikan untuk saya bersedekah. Pernah saya bertanya padanya,
berskolah dimana,
awalnye keluar berjalan kaki ke sekolah
dimana tinggal dan sebagainye.

Katanye,
dia bersekolah agak jauh, 25-30 minit berjalan
kaki, sebab tu kena keluar awal. (terkenang
anak2 sedara dirumah yang sebaya dengan
Ashraf, semuanye serba tersedia, walaupun
tidaklah semewah mana, tapi lbh beruntung
dari adik ini..Kesian adik ini..)


Setelah hmpir 3 minggu berulang alik dari
umah Ayah Bonda di Kajang (masih dlm
mood raya kononnye), maka 3 minggu
jugalah saya tak membeli nasi lemak pakcik dan
tak berjumpa dgn Asyraf.
Hinggalah pagi ni,
saya memulakankan kembali rutin membeli
nasi lemak pakcik.

Tapi, sy pelik kenapa Asyraf
terus berjalan tanpa berhenti di kedai
pakcik macam selalu..
sy belikan sebungkus
dan saya berhentikan kereta saya disebelah Ashraf.

Jiha: Ashraf~~!! akak tunggu ashraf tadi. kenape
tak beli nasi lemak? dah boring nasi lemak
pakcik? (cuba bergurau). Nah akak belikan satu.

Ashraf: eh, kak jiha.. lama tak nmpak.terima
kasih banyak2 kak. Ashraf ingat kak jiha dah pindah.
bukan dh boring. Tapi..(muka sayu) :(

Jiha:ehh..nape macam sedih je tiba2 ni..jom
akak hantar pi sekolah nak?? (setelah 2-3 kali sy
bertanya, barulah adik ini bersuara)

Ashraf: Ashraf tak ada duit nak beli. Sebelum
ni mak bagi RM1.50 sehari utk sekolah pagi
dan petang, bolehla Ashraf beli.
Tapi, minggu lepas mak terpaksa potong duit belanja sebab
ayah sakit. Malam tadi mak potong lagi sebab
mak kata minyak naik, mak perlukan duit
lebih untuk tambang ke tempat kerja.
Ashraf ada RM0.80 je kak jiha.Takpe la,
Ashraf beli karipap je disekolah nanti. Ashraf
tak boleh tumpang kak jiha..mak pesan jangan
tumpang orang. Jangan susahkan orang.
Nanti mak marah.

(sayu dan jujur anak kecil ni
bercerita. ku tahan air mata dari mengalir keluar
mendengar ceritanye )
Puasku pujuk untuk hantarnya kesekolah,
akhirnye dia beralah..

Ye, mmg jauh sekolahnye. PJS7
ke Kampung Lindungan.. Gigihnye dia
berjalan kaki kerana ilmu. Tanpa
menghiraukan bahaya diculik dan bahaya
dilanggar kereta sewaktu melintas jalan
besar. Gigih juga anak ni bersekolah dari
seawal 6:30 pagi hingga 6 petang setiap
hari hanya dengan berbekalkan sebungkus
nasi lemak..

Ya Allah.. (T_T) Dan isu minyak,
bukan kita sahaja yang terkena kesan dari
kenaikan harga yg HANYA 20sen tu, tapi juga
anak-anak kecik yang tak tahu apa-apa ni..
kerana mereka bukan dari keluarga yang senang
(org senang merasakan 20 sen tu hanyalah
dicelah gigi sahaja).
Tapi bagi orang-orang yang tak
berkemampuan, kerana 20sen, mereka tak
mampu lagi untuk membeli barang-barang asas dan
makanan seperti biasa. Dari nasi lemak
terpaksa bertukar kepada sekeping karipap satu hari...T_T


kredit: Nur Farhana Omar

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


Wednesday, 4 September 2013

RENUNGAN

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w....



Lelaki yang pintar sentiasa risau
dirinya akan membawa fitnah
kepada wanita.
Lelaki yang pintar tidak akan
sekali-kali gentar apabila seorang
wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar
itulah wanita sejati yang
mempunyai harga diri & takut
kepada Ilahi..

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


Semua Milik Allah

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w....



Di kurnia bahagia bukan bererti selamaanya.
Di kurnia duka bukan bererti berakhir segalanya.
Siap sedialah duhai insan kerana hidup ini tidak
menjanjikan apa yang kau inginkan,
tetapi mmberi apa yang kau perlukan.

Senyum dan bersyukurlah,
Kerana segalanya milik Allah.

dont break people's heart,
let yours be broken,
that is fine..


______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


Tuesday, 3 September 2013

::: BERSYUKURLAH :::

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w....



Jangan diratapi nikmat yang
Allah berikan kepada hambaNYA yang lain,
tapi bersyukurlah atas segala
nikmat dan kelebihan yang Allah beri..

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH