Saturday, 30 March 2013

:::...AURAT...:::

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w....



RAMBUT

"Wahai anakku Fatimah! adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup Rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya"

- petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Maksud lelaki bukan mahram adalah selain dari lelaki dibawah ini:

-Bapa
-Datuk
-Anak lelaki
-Cucu lelaki
-Abang atau adik lelaki
-Anak saudara lelaki (anak lelaki kepada adik-beradik kandung)
-Bapa saudara (sama ada sebelah bapa atau sebelah ibu)
-Bapa mertua
-Anak tiri lelaki
-Menantu Lelaki
-Bapa tiri

Pendedahan rambut selain daripada lelaki diatas adalah HARAM.... sekiranya dilanggar,
NANTIKAN KEMUNCULAN AZAB YANG AMAT PEDIH...

Ku rela RAMBUTKU disimpan rapi terpelihara juga  TUDUNGKU labuh ke bawah dada daripada digantung Rambutku hingga MENDIDIH OTAK derita...


KULIT DAN TANGAN

"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya"

Petikan Dari Hadis Riwayat At Tabrani Dan Baihaqi

Bersentuhan antara LELAKI & PEREMPUAN adalah HARAM kecuali antara:

- ibu bapa kandung
- ibu bapa susuan
- datuk nenek
- suami/isteri
- anak lelaki atau perempuan
- cucu lelaki atau perempuan
- adik beradik kandung atau susuan
- anak saudara
- ibu saudara atau bapa saudara (iaitu adik beradik sebelah ibu bapa)
- anak tiri
- menantu
- ibu bapa tiri
- wanita yang terputus haid (monopause)

Bersentuhan KULIT selain daripada golongan diatas adalah HARAM... sekiranya dilanggar,
NANTIKAN KEMUNCULAN AZAB YANG AMAT PEDIH.....

Ku RELA kulitku tidak BERSENTUHAN dengan yang bukan halal buatku,
Daripada aku bersentuhan dengan API NERAKA yang PANAS
tanganku hanya layak disentuh buat yang HALAL untukku...


DADA

"Hendaklah mereka (perempuan) MELABUHKAN kain tudung hingga MENUTUPI bahagian hadapan  DADA-DADA mereka"

Petikan dari surah An-Nur ayat 31.

Tutuplah dengan apa sahaja cara sekalipun asalkan tidak nampak WARNA KULIT, SANGGUL, LEHER dan PARAS DADA..

Pendedahan DADA walaupun sudah menutup rambut masih lagi HARAM...
Sekiranya dilanggar,
NANTIKAN KEMUNCULAH AZAB YANG AMAT PEDIH...
COMING SOON...

Lindungilah. tutuplah, jagalah, peliharalah, sekiranya dah tahu, UBAHLAH....


PAKAIAN

"Sesungguhnya sebahagian AHLI NERAKA ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk SYURGA dan tidak akan MENCIUM BAUNYA"

Petikan Dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Maksud perpakaian tetapi telanjang adalah:

- berpakaian NIPIS (jarang)
- berpakaian KETAT (mengikut bentuk badan)
- berpakaian TERBELAH (membuka bahagian-bahagian tertentu)

Bukan BUNGKUS, Bukan BALUT, Bukan TUNJUK, Bukan NIPIS....
Tetapi LINDUNGLAH, TUTUPLAH, JAGALAH, BERTAUBATLAH DAN BERUBAHLAH....

ini barulah digelar
MENJAGA MARUAH

Berpakaian tetapi telanjang adalah HARAM.. sekiranya dilanggar,
NANTIKAN KEMUNCULAN AZAB YANG AMAT PEDIH....


SUARA

"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu LUNAK dalam BERBICARA sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucaplah perkataan-perkataan yang baik"

Petikan Dari Al Ahzab Ayat 32

Larangan ini adalah kepada golongan perempuan yang sengaja BERLEMBUT, LUNAK & MANJA (GEDIK)
ketika berbicara dihadapan khalayak lelaki.
Begitu juga NYANYIAN, SUARA TERLAMPAU KUAT atau JERITAN.
bersederhanalah didalam bersuara....

"Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain , iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi"

Petikan Dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

Berlebih-lebihan didalam bersuara adalah HARAM dihadapan khalayak lelaki....
kecuali pada suaminya dan mahramnya... sekiranya berterusan juga,
NANTIKAN KEMUNCULAN AZAB YANG AMAT PEDIH....



WANGI-WANGIAN

"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya"

Petikan Dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

Haruman daripada minyak wangi yang dipakai seorang wanita yang melintas di hadapan lelaki, masih kuat berbau walaupun wanita itu sudah hilang daripada pandangan..

Dalam hati memuji-muji bau haruman minyak wanginya dan tertanya-tanya jenama apakah minyak wangi yang dipakai oleh wanita itu. Lelaki menyukainya dan mereka pasti akan tertoleh-toleh untuk melihat gerangan wanita yang berbau sangat harum itu.

Jika hal demikian terjadi, maka berdosalah wanita itu kerana telah menarik minat kaum Adam terhadapnya.

CUKUPLAH SEKADAR MENUTUP BAU DIBADAN...

Berwangi-wangian adalah HARAM di hadapan khalayak lelaki yang membolehkan meningkatkan nafsu si lelaki....
sekiranya berterusan,
NANTIKAN KEMUNCULAN AZAB YANG PEDIH.....


AURAT LELAKI

Hadis Riwayat Muslim , Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi, Bahawa Nabi Muhammad SAW Bersabda maksudnya:

"Seorang Lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain , demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang lain. Tidak boleh dua orang lelaki berada  (TIDUR) dalam satu selimut demikian juga dengan wanita dilarang berbuat demikian".

Imam Maliki dan Imam Syafi'e berpendapat: "Aurat lelaki ada dua keadaan:

1. Auratnya dengan  sesama lelaki dan perempuan yang mahram dengannya. Auratnya ialah di antara PUSAT HINGGA LUTUT sahaja.

2. Auratnya dengan perempuan yang bukan mahramnya.
Auratnya adalah SELURUH TUBUH BADANNYA (tidak termasuk rambut).

(Rujuk al-Fiqh 'Ala al-Mazahib Al-Arba'ah, jilid 1 dalam bab Mabhas Sitr Al Aurah).

Wahai KAUM ADAM, ingatlah! bukannya pusat dan lutut... tetapi pusat hingga lutut

Main bola tidak haram, tetapi bermain bola nampak lutut itu adalah HARAM... sekiranya dilanggar,
NANTIKAN KEMUNCULAN AZAB YANG AMAT PEDIH....

 BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH



Sunday, 24 March 2013

:::...DOAKU...:::

  

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Salawat dan Salam keatas Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan keatas keluarga Baginda dan Para Sahabat.

Ya ALLAH...
Sempena hari lahir ini,
Ku sujud syukur padaMU,
Kerana masih memanjangkan usiaku ini,
Sedangkan kematian itu semakin menghampiriku...

Ya ALLAH...
Kumohon padaMU,
Dengan bertambahnya usiaku ini,
Janganlah kulalai dari mengingatiMU,
Sedangkan ENGKAU tidak pernah melupakanku...

Ya ALLAH...
Kutahu ENGKAU sentiasa menyayangiku,
Sebab itu diriku selalu diduga olehMU...

Ya Allah
semoga semakin bertambah usiaku ini
semakin banyak amal ibadahku dan semakin dekat ku kepadaMu.
semoga RedhaMu Ya Allah sentiasa mengiringi diriku...

Ya ALLAH...
Andai ini usiaku yang terakhir,
Terimalah taubatku, ibadatku dan amalanku ini Ya ALLAH...

Ya ALLAH...
Syukur ku dengan hadiah yang KAU berikan ini..

Ya Allah kurniakan kami seluruh kebaikan ketika di dunia, dan seluruh kebaikan ketika di akhirat serta jauhkan kami daripada api neraka...

Aamiin Ya Rabbal Alamin...

_______________________________________

Usia ini umpama harta.
Harta yang banyak tidak memberi apa-apa makna melainkan keberkatan mengiringinya.
Harta yang berkat sedikit pun sudah mencukupi,
banyaknya pula boleh diagih-agihkan.
Begitulah juga usia.
Jika ianya berkat,
pendeknya bermanfaat,
panjangnya pula melimpah kebaktian..

________________________________________

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,"Setiap hamba pada hari kiamat tidak akan mengorak langkah menuju ke mana-mana selagi dia belum selesai disoal tentang empat perkara:
Pertama: Tentang umurnya di manakah dihabiskan sewaktu di dunia dahulu.
Kedua: Masa remajanya,bagaimana dia menghadapi ujian di waktu itu.
Ketiga: Tentang harta, dari mana dia perolehi dan bagaimana dia membelanjakannya.
Keempat: Tentang ilmunya,apakah dia telah beramal dengan ilmu itu.

(Hadis riwayat Muaz bin Jabal RA)

:::IMAN:::

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w....


:::IMAN:::

Pagari hatimu dengan Iman,
Agar saat terjatuh kau masih punya kekuatan,
Untuk bangun dan terus mencari bekalan,
Menggapai Syurga yang telah dijanjikan.

 Bismillahirrahmanirrahim

Bila Hati diSentuh Iman

Kesenangan di dunia hanya bersifat sementara manakala kesenangan di akhirat itu yang kekal abadi.  Begitu juga dengan kesakitan di dunia, sakitnya hanya sebentar sedangkan jika sakit di akhirat, itu yang berpanjangan sakitnya.  Maka jika kesudahan kita di akhirat adalah kesakitan maka ia akan terus membawa kepada kesakitan demi kesakitan yang seterusnya.  Maka untuk tidak mengalami sakit di akhirat, usahalah untuk banyak melakukan ketaatan kepada Allah semasa di dunia.  Kukuhkan solat fardhu, tambahi lagi dengan yang sunat. Perbanyakkan ibadah, rajin mengaji quran dan sering berzikir mengingati Allah.  Ikhlaskan hati beramal kerana Allah, InsyaAllah akan timbul kemanisan dalam beribadah.   Bila rasa manis, akan konsisten semangat untuk istiqamah.  Buat jadual untuk rujukan diri sendiri supaya kekal dalam istiqamah.  Jika tiada jadual, mudah untuk jadi terlupa terhadap rutin ibadah.  Bila asyik terlupa, itu yang jadi sekejap buat sekejap tak buat. 

Sentiasa kita berdoa agar Allah permudahkan jalan menuju kebaikan, mohon pada Allah agar ditetapkan hati ditetapkan keimanan.  Bila iman tinggi InsyaAllah akan mencernakan akhlak dan budi pekerti yang baik.  Bila ada iman dalam hati tidak rasa payah untuk nak tolong orang, tidak rasa bakhil untuk hulurkan sedekah.  Orang yang baik akan sentiasa terbuka hati untuk menghulurkan bantuan.  Tidak rasa terpaksa.  Mudah baginya membantu kawan yang susah, meringankan beban jiran yang terdesak, tidak merasa berat untuk masukkan sedekah dalam tabung masjid, tidak berkira-kira untuk hulurkan bantuan buat saudara seislam yang sedang dizalimi di luar sana, tidak rasa sayang harta untuk infak di jalan Allah contoh untuk pembinaan masjid, surau, sekolah tahfiz dll.

Orang yang ikhlas dalam bersedekah bukan terjadi secara kebetulan.  Setiap perlakuan dan tindakan seseorang itu bukanlah berlaku saja-saja.  Jika tiada iman dalam hati, tidak akan lahir belas kasihan melihat kesusahan orang, tidak akan timbul perasaan ingin membantu mereka yang kesempitan, tidak akan secara semulajadi pamerkan akhlak yang baik.  Orang yang berakhlak baik adalah cernaan iman yang ada dalam hati.  Bila hati telah disentuh dengan iman, maka jadi berbeza nilai sesuatu sedekah itu contoh sedekah yang ikhlas walaupun seringgit akan ada nilaian di sisi Allah berbanding sedekah RM100 yang bertujuan untuk menjadi mulia di mata manusia.  Tanpa iman, akhlak tiada nilainya... hanya akan sia-sia. Seorang penderma yang hebat namun jika dia seorang non-muslim misalnya, walau sebanyak mana pun sumbangan derma diberikan maka ianya tidak bermakna di sisi Allah.

Maka sentiasalah kita berusaha untuk mengekalkan iman dalam hati.  Iman akan turun naik.  Jadi kena ada usaha untuk pastikan iman sentiasa berada di tahap tinggi agar kedudukan akhlak tetap terpelihara.  Akhlak kita mencerminkan peribadi kita.  Baik akhlak maka baik lah kita, akan terselit sifat malu dalam diri.  Bila ada rasa malu dan takut pada Allah, tentunya kita tidak akan sanggup berbuat apa-apa saja yang cela, yang tidak baik, yang sia-sia dan yang menjadi kemurkaan Allah.

Wallahu'alam.

Source: http://matahati-mama.blogspot.com/2012/12/bila-hati-disentuh-iman.html

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  

PLEASE LIKE THIS PAGE

SeindahCintaIslam.blogspot



Saturday, 23 March 2013

:::...BACALAH...:::

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w....



"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan," (Surah Al-Alaq 96: Ayat 1) 

 Bacalah..., Dengan Nama Tuhanmu...!

    Dia menarik dan mendakapku hingga aku berasa kepayahan untuk bernafas.Lalu dia melepaskanku dan berkata, “Bacalah...!”
    “Aku tidak dapat membaca...!”
    Dia menarik dan mendakapku lagi sehingga aku berasa sukar untuk
    bernafas. Kemudian dia melepaskan sambil berkata, “Bacalah...!
    Aku menjawab, “Aku tidak dapat membaca...!”
    Untuk yang ketiga kalinya, dia menarik dan mendakapku sehingga aku merasa kepayahan untuk bernafas, lalu ia melepaskanku dan berkata, “ Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah...! Dan Tuhanmulah yang paling Pemurah, yang mengajarkan manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajar manusia apa yang tidak ia ketahui.” (Surah Al-‘Alaq 96: 1-5)

Begitulah gambaran yang diceritakan oleh RasululLah S.A.W kepada Khadijah isteri tercinta, ketika datang Jibrail A.S. Tentu ada sesuatu yang tersirat dan besar di sebalik peristiwa Iqra’ yang terkenal ini. Mengapa disuruh baca sedangkan apakah yang hendak dibaca?

Pertamanya, Allah telah memberi isyarat yang jelas kepada kita tentang kepentingan ilmu dengan kalimah “Bacalah...!” bukan “Ingatlah...!” atau “Sujudlah...!” atau sebagainya. Betapa pentingnya lagi, kalimah iqra’ telah diulangi sebanyak dua kali sebagai bukti perhatian Allah S.W.T. Menurut Al-Imam Ghazali, kewajiban membaca bergabung dalam dua keperluan iaitu maqru’ah (Al-Quran) dan manzurah (alam dan segala ciptaan Allah) yang membentuk ilmu naqli (Al-Quran dan Hadis) dan aqli (Sains, Matematik, Ekonomi dll). Gabungan dua ilmu ini sebenarnya perlu dipunyai oleh khalifah yang diamanahkan Allah kepada manusia bagi mentadbir dunia ini.

Sebarang pemisahan dan pengasingan kedua bentuk ilmu ini, akan membuka ruang dan memberi masalah besar kepada moral masyarakat Islam kita hari ini. Kemungkaran berleluasa, kerosakan akhlak, kebebasan tanpa had, kepunahan sistem hidup telah dikatakan hebat dan moden...! Sebaliknya, percubaan mengamal cara hidup Islam yang syumul, dikatakan kolot, jumud dan ketinggalan. Inilah akibat daripada pengambilan hanya ilmu aqli tanpa mengakui keperluan ilmu naqli. Kesempurnaan ilmu naqli dan aqli merupakan jaminan ke arah kesejahteraan hidup manusia di dunia yang tersimpan dalam pengertian kalimah iqra’ itu sendiri. Iqra’ yang bererti “menghimpunkan” terkandung istilah menyampaikan, menelaah, membaca, meneliti dan mengetahui ciri-ciri sesuatu yang mencakupi persoalan alam, diri masyarakat dan lain-lain.

“Bacalah..., dengan menyebut nama Tuhanmu yang Menciptakan...!”, memberi erti kesempurnaan membaca ialah dengan menyertakan nama-Nya, dorongan membaca dimulai dan digarapi dengan penghayatan ketauhidan terhadap Allah S.W.T. Jelaslah, kesempurnaan ilmu itu berlaku apabila perjalanan pengetahuan diserapi bersama pengakuan terhadap keEsaan dan Kebesaran Pencipta kita.

Ilmu ialah penggerak kepada setiap amalan. Ilmu ialah makanan roh dan aqal yang bergantung dengan punca bacaan kita. Jika punca bacaan kita baik, maka akan meningkat dan sihatlah pemikiran kita. Apabila bahan bacaan yang kotor dan lucah, maka fikiran kita pun turut kotor dan diracuni. Dan yang paling parah ialah hati jadi rosak dan menanah...! Ubat bagi hati yang rosak dan menanah ini ialah dengan, "Bacalah..., Dengan nama Tuhanmu yang Menciptakan...!"

Kata Imam As-Syafie, “Jika kamu inginkan dunia, hendaklah dengan ilmu. Jika kamu inginkan akhirat, hendaklah dengan ilmu. Dan jika kamu inginkan kedua-duanya juga dengan ilmu...!”

Ruginya kita, jika kita hanya hendak dunia atau akhirat sahaja, sedangkan kita akan dapat dunia dan akhirat apabila kita hendakkan ilmu tetapi sebelum itu kita perlulah faham konsep ilmu seperti yang dihuraikan seperti di atas. Menurut Al-Imam Ghazali R.H.M dalam kitabnya Minhaj Al-Abidin, tahap pertama dalam perjalanannya menuju Allah ialah tahap ilmu, kemudian baru menyusul tahap taubat, awaiq (penghalang), awariq (godaan), pendorong, celaan dan akhirnya syukur. Bahkan Al-Imam Ghazali mengingatkan bahawa, "Ilmu itu imam, amal itu makmumnya...!"

Ilmu ialah warisan 'anbia
Ilmu melindungi pemiliknya
Ilmu bertambah apabila digunakan
Ilmu dimiliki oleh orang yang beriman
Ilmu petunjuk ke jalan yang lurus dan benar
Ilmu akan menemani kita hingga ke liang lahad

Konklusinya... "Bacalah...," tuntutlah ilmu setiap detik dan ketika tapi semestinya... "Dengan nama Tuhanmu yang Menciptakan...!"

Source: http://ummulkasturi.blogspot.com/2010/04/bacalah-dengan-nama-tuhanmu.html

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah

Thursday, 21 March 2013

:::... BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH ...:::

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w....


:::... BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH ...:::

Di syurga, manusia tidak lagi terbeban dengan ibadah seperti solat, puasa, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji dan bersedekah. Apa yang tinggal hanyalah bersilaturrahim iaitu berkasih sayang. Demikian itu, silaturrahim adalah amalan ibadah di dunia yang berlanjutan ke akhirat iaitu ke SYURGA.

Imam Ghazali, dalam bukunya Ringkasan Ihya' Ulumuddin (1995) mengingatkan kepentingan saling berkasih sayang kerana Allah dan menjalinkan persaudaraan dalam agama kerana ia adalah ibadah yang utama. Tercapainya jalinan kasih sayang kerana Allah, tidak lain adalah akhlak yang baik seperti yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad.

Allah berkata dalam surah al-Qalam, ayat 4, "Muhammad mempunyai akhlak yang mulia."

Imam Ghazali menjelaskan, berkasih sayang kerana Allah dan menjalin persaudaraan dalam agama Allah adalah nikmat yang luar biasa. Nabi menjelaskan, apabila Allah menghendaki kebaikan bagi kita, Allah akan mengurniakan seorang teman yang soleh. Apabila kita lupa, teman itulah yang mengingatinya dan apabila dia mengalami kesusahan, teman itu yang membantunya. Begitulah kehidupan orang mukmin yang saling berkasih sayang dan membantu. Apabila kita tidak memiliki rasa kasih dan sayang kepada orang lain, tentu kita juga tidak dikasihi orang.

Sayangnya dalam kehidupan moden kini, sukar bagi kita menemui teman yang soleh. Orang pada hari ini cenderung mencari teman bagi tujuan memperoleh keuntungan peribadi. Ramai pula yang suka menyalahkan teman tetapi enggan memberikan nasihat yang bijaksana sehingga susah bagi kita hendak mengetahui siapa kawan dan siapa lawan. Perkara sedemikian timbul kerana manusia meninggalkan teladan Nabi Muhammad. Orang mulai lupa bersilaturrahim itu penting sehingga ia menjadi amalan di akhirat.

Nabi Muhammad pernah berkata,

"Siapa bersaudara dengan orang lain semata-mata kerana Allah, Allah mengangkatnya satu darjat di syurga yang tidak diperolehnya melalui amalan lain."

Abu Hurairah melaporkan, Nabi Muhammad berkata,

"Pada hari kiamat kelak, Allah bertanya, 'Di manakah orang-orang yang berkasih sayang kerana Aku? Demi kekuatanKu dan ketinggianKu, Aku memberikan kepada mereka awan sebagai tempat berteduh pada waktu yang tidak ada lagi tempat berteduh kecuali memperolehnya daripadaKu.'"

Betapa mulianya orang-orang yang berkasih sayang semata-mata kerana Allah. Mereka tidak mencari keuntungan dalam berteman tetapi berteman dengan jujur dan sanggup membantu teman yang berada dalam kesusahan tanpa mengharapkan balasan.

Usman al-Khaibawi dalam kitabnya, Durratun Nasihin, mengisahkan perihal seorang lelaki pada hari akhirat. Selepas Allah menimbang semua amal perbuatannya, ternyata perbuatan jahatnya lebih berat daripada amal baiknya. Jadi,beliau diperintahkan masuk ke neraka. Lelaki itu berasa takut dan cemas. Beliau memohon izin daripada Allah mahu bertemu ibunya. Tujuannya adalah mahu meminta kebaikan daripada ibunya. Allah mengizinkannya dan beliau segera mencari ibunya. Selepas bertemu dengan ibunya, beliau berkata, "Wahai ibu, engkau membesarkan dan mendidik diriku sejak kecil sehingga dewasa. Berikanlah kebaikan mu daripada amal perbuatanmu itu kepadaku supaya aku selamat daripada neraka."

Sayangnya si ibu tidak dapat memberikan kebaikannya kerana amalnya sendiri sedikit. Ibunya berkata, "Wahai anakku, keadaanku sekarang ini lemah dan aku juga kebingungan dalam urusanku. Bagaimana aku dapat menyelamatkanmu?" Nampaknya, ibu yang diharapkan dapat memberikan kebaikan kepadanya tidak dapat membantunya namun beliau tidak putus asa. Lelaki itu berusaha mencari kaum kerabatnya dan memohon mereka memberikan kebaikan kepadanya.Ternyata, tidak ada seorang pun yang mampu membantunya kerana masing-masing sibuk dengan urusan perkiraan amalan mereka sendiri.

Akhirnya, Allah memerintahkan malaikat supaya memasukkan lelaki tadi ke neraka. Sewaktu beliau sedang diseret ke neraka, tiba-tiba seorang sahabat lamanya di dunia mendekatinya dan berseru, "Aku berikan kepadamu semua kebaikanku supaya salah seorang daripada kita terselamat daripada api neraka. Siapa yang lebih ringan timbangan amal kebaikannya selepas ittu, dialah yang dimasukkan ke dalam neraka."

Apabila sahabatnya itu memberikan kebaikannya kepadanya, beerti si sahabat merelakan dirinya sendiri dimasukkan ke dalam neraka. Baginya, itu lebih baik daripada kedua -dua mereka masuk neraka. Begitu sifat sahabat sejati. Melalui bantuan sahabatnya itu, lelaki itu tidak jadi dimasukkan ke neraka, sebaliknya dia dipersilakan masuk ke dalam syurga tanpa mengendahkan nasib sahabatnya yang membantunya tadi.

Selepas beliau berada di dalam syurga, beliau mendengar seruan, "Tidakkah engkau mahu mengucapkan terima kasih kepada sahabatmu yang membantumu dengan rasa kasih sayang? Engkau malah meninggalkan sahabatmu di neraka, sedangkan engkau sendiri masuk ke dalam syurga!"

Mendengarkan seruan itu, barulah lelaki itu tersedar. Dia terus tersungkur dan sujud memohon supaya Allah memberikan pertolongan ataupun syafaat kepada sahabatnya yang berada di neraka itu. Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang segera memerintahkan sahabatnya itu masuk ke dalam syurga yang penuh kenikmatan. Dengan demikian, kedua-dua mereka terselamat daripada siksaan api neraka.

Kisah di atas menunjukkan pentingnya persahabatan hanya kerana Allah.

Anas bin Malik melaporkan, Nabi Muhammad berkata,

"Allah itu mempunyai para hamba yang pada hari kiamat kelak, duduk di atas mimbar-mimbar. Pakaian dan wajah mereka bercahaya namun mereka bukanlah para nabi mahupun para syuhada, malah para nabi dan para syuhada berasa iri hati kepada mereka."

Para sahabat lantas bertanya: "Wahai Rasulullah, siapakah merekan itu?"

Nabi menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang berkasih sayang kerana Allah, orang-orang yang saling kunjung-mengunjungi kerana Allah dan orang-orang bergaul dengan baik kerana Allah."

Begitulah teladan yang baik dalam berkasih sayang kerana Allah. Marialh kita mengikut teladan itu, jangan sampai kita menjadi seperti kebanyakan orang sekarang yang lebih suka berkasih sayang kerana tiga 'ta' iaitu harta, takhta dan wanita!

KREDIT: Buku Andai syurga dan neraka tidak ada
(Muhammad Hassan Basri) m/s 15-19

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

sepotong ayat suci Al - Quran

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w....


"Siapa yang dikehendaki Allah yang mendapat hidayah,
nescaya Dia membukakan dadanya (membuka hatinya)
untuk menerima Islam. Siapa yang dikehendakiNya menjadi sesat
Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dia sedang mendaki ke langit. Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang yang tidak beriman."

Surah al-An'am, ayat 125

________________________________

Please like this pages...

SeindahCintaIslam.blogspot

 



Thursday, 14 March 2013

:::...Cinta Halal...:::

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w....


Suami : A, B,C..
Isteri : what ??
Suami : Always Be Careful..
Isteri : Hehe.. then??
Suami : D, E, F, G..
Isteri : .....??
Suami : Don't Ever Forget Girl..
Isteri : Girl..?!
Suami : Hmm... I'm H, I..
Isteri : What H, I ??
Suami : Happily Inlove..
Isteri : So... ??
Suami : J, K, L, M Just Keep Loving Me..
Isteri : And how about N, O, P, Q, R, S, T, U, V, W, X, Y, Z??
Suami : No Other Person Quite, Reasonable, Shall
Treat U Very Well Xcept me Your Zauj...
Isteri : :-) ♥
#Cinta Halal itu Sweet kan?

Zauj = Suami.

________________________________

Please like this pages...

SeindahCintaIslam.blogspot

 



Wednesday, 13 March 2013

:::...MALU...:::

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w....


 


 :::...MALU...:::

 Jika malu tertanam dalam diri
 tentu tidak akan melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah dan Rasul-Nya.
Namun jika rasa malu tidak ada,
niscaya setiap diri akan berbuat sekehendak hati...

Sebagaimana sabda Nabi saw,

”Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan.”

(Shahih Muslim No.53)

________________________________


Letak malu pada PANDANGAN,sehingga ia akan MENJAGAnya..

Letak malu pada PERCAKAPAN,sehingga ia akan MENGENDALIKANnya..

Letak malu pada PERBUATAN,sehingga ia akan MENJAUHI apa yang DILARANG oleh Allah dan Rasul-Nya

Barulah boleh dikatakan malu sebagian dari iman..

“ Malu itu cabang dari iman.”

(HR.Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda

“Sesungguhnya setiap agama itu memiliki akhlak dan akhlak Islam itu adalah rasa malu.”

(HR. Ibnu Majah no. 4181. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadits ini hasan)

________________________________

Please like this pages...

SeindahCintaIslam.blogspot

 




Wednesday, 6 March 2013

:::...KITA & AURAT...:::

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w....


:::...KITA & AURAT...:::

- Aurat tidak akan tertutup dengan sifat LEMAH LEMBUT,
- tidak akan tertutup dengan PERANGAI BAIK..
- tidak akan tertutup dengan KATA-KATA yang BAIK,
- tidak akan tertutup dengan SOLAT..

♥ Tetapi akan tertutup dengan PAKAIAN yang SEMPURNA.♥

Renungan...

RAMAI YANG PAKAI TUDUNG TAPI TAK RAMAI YANG TUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA...

SENANG NAK CARI ORANG YANG PAKAI TUDUNG TAPI SUSAH NAK CARI ORANG YANG TUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA...
 
________________________________

Please like this pages...

SeindahCintaIslam.blogspot

 




Friday, 1 March 2013

:::... RENUNGAN ...:::

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w....


Senyum dalam kesedihan 
adalah suatu ketabahan,
Menangis dalam kepayahan 
adalah suatu kesabaran,
Gembira dalam keredhaan 
adalah suatu ketenangan,
Mensyukuri pemberian ALLAH 
adalah suatu nikmat kebahagiaan...

________________________________

Please like this pages...

SeindahCintaIslam.blogspot