~Pilihlah kawan yang sesuai..~
biar kita cerewet dalam memilih kawan supaya kita berbahagia di dunia dan akhirat..
jangan hanya berbahagia di dunia sahaja kerana kebahagian di dunia tidak menjamin kebahagian di akhirat..
Imam al-Ghazali ada menerangkan tentang kawan yang baik dan kawan yang tidak baik..
Pertama :
PILIH kawan yang berakal.
JANGAN pilih kawan yang bodoh kerana akan menjadi musuh dan menyakitkan hati.
Kedua :
PILIH kawan yang berakhlak.
JANGAN pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang nafsu jahatnya itu..
Ketiga :
PILIH kawan yang soleh.
JANGAN pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat.
Keempat :
PILIH kawan yang bersederhana.
JANGAN pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun yang berbisa kepada sifat pemurah.
Kelima :
PILIH kawan yang bercakap benar.
JANGAN pilih kawan yang selalu bercakap bohong kerana akan memusnahkan jiwa.
Hadis riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim..
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : "seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya. Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat."
______________________________________
BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah
LIKE SinarMawaddah
ISLAM ITU INDAH
No comments:
Post a Comment