subscribe

Followers

Nuffnang

page seindah cinta islam

Please like this page

Monday 25 June 2012

✿:::Ustaz Azhar Idrus:::✿




Haram Jawab tak tutup aurat sebab tak sampai seru,
sebab seruan dah ada dalam Al-Quran yg turun 1400 tahun dahulu..

-Ustaz Azhar Idrus

Renung2kan dan Sebar2kan...
Amal Tanpa Ilmu kita jadi manusia yang rugi...
Ilmu tanpa Amal kita jadi manusia yg Bodoh...

Selamat beramal, semoga kita Bahagia dan selamat dunia Akhirat..

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

♥ :::"Even you're no longer with me" ::: ♥


♥ :::"Even you're no longer with me" ::: ♥

My eyes may not see you everyday,
My ears may not hear you everyday,
My voice may not reach you everyday,
But, my heart prays for you everyday,


#May Allah guide you, keep you safe, happy and successful in every way InsyaAllah... :)
 
______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


♥ MOGA KITA SALING MENDOAKAN ♥


 ♥ MOGA KITA SALING MENDOAKAN ♥

Pada jalan yg berliku..
Moga Allah Luruskan langkahmu..
Tika langit dunia runtuh..
Moga Allah teguhkan Aqidahmu..
Bila mana kesusahan mendatang..
Moga Allah kuatkan hatimu..
Dan andai gelisah meLanda...
Semoga Allah tenangkan jiwamu...

Moga nanti dipertemukan kita semua di Syurga Allah...

ANA UHIBBUKAFILLAH... ♥

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


✿:::Dear ALLAH:::✿


 "Dear ALLAH,
I want to take a minute,
Not to ask for anything from YOU,
But simply to say THANK YOU,
For all I have..."

ALHAMDULILLAH... :)

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

Sunday 24 June 2012

✿::: KERANA LIDAH :::✿




::: KERANA LIDAH :::

Kerana Lidah
Adik beradik bergaduh,
kerana lidah
sahabat menjadi musuh,
Kerana lidah
boleh berdusta,
kerana lidah
badan binasa,
Kerana lidah
juga kita berdkwah,
kerana lidah
kita bercakap benar,
Kerana lidah
kita berukhwah,
kerana lidah
kita memuji Allah,

Lidah walaupun lembut tidak bertulang,
peranannya hebat sekali...
boleh mendamaikan dan boleh memporak-perandakan..
boleh mempesona dan boleh meliarkan..
boleh menghasut dan boleh memujuk..

maka gunakan lidah dengan sebaik-baiknya..

____________________________________

Renungan

Hanya lidah yang mahu berdusta dan berbohong,
Namun pandangan mata, hayunan kedua belah tangan,
langkah kedua belah kaki dan
pergerakan tubuh atau seluruh anggota badan akan menafikan apa yang diucapkan oleh lidah...

Saidina Ali bin Abi Talib

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

~JANGAN TERLALU SOMBONG~



~JANGAN TERLALU SOMBONG~

Apa nak dibangga pada wajah,
Apa nak diriak pada gagah,
Kuat atau lemah,
Buruk atau indah,
Itu semua pinjaman Allah,

Wahai teman-teman sedarlah,
Bongkak mana pun kita melangkah,
Hebat mana pun tutur dan petah,
Hakikatnya kita hanya insan lemah,
Jangan buat Allah murka,
Kerana balasanNya kita tak betah,
Sedar dan ingat-ingatlah,
Kita semua bakal jenazah,
Yang akan hancur dimamah tanah...

______________________________________



BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  



ISLAM ITU INDAH

KATA-KATA USTAZ AZHAR IDRUS


 "KUASA WALI ADALAH PADA AYAH, BUKAN PADA MAK..."

ISLAM ITU INDAH DAN MUDAH :)

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


✿::: JANGAN PERNAH TAKUT KEHILANGAN SESUATU YANG BUKAN HAK KITA :::✿



✿::: JANGAN PERNAH TAKUT KEHILANGAN SESUATU YANG BUKAN HAK KITA :::✿

(◠‿◠) Saya pernah SETIA..
Tapi DIDUAKAN..(╯︵╰,)

(◠‿◠) Saya pernah PERCAYA..
Tapi DIKHIANATI..(╯︵╰,)

(◠‿◠) Saya pernah MENCINTAI..
Tapi DISAKITI..(╯︵╰,)

(◠‿◠) Saya pernah MEMILIKI..
Tapi akhirnya KEHILANGAN..(╯︵╰,)

(◠‿◠) Saya pernah JUJUR..
Tapi DITIPU..(╯︵╰,)

(◠‿◠) Saya pernah BERHARAP..
Tapi harapan itu cuma SIA-SIA..(╯︵╰,)

Lebih baik menunggu orang yang tepat daripada menghabiskan waktu dengan orang yang salah ツ

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

♥ ::: SUAMI ♥ ISTERI ::: ♥


 ♥ ::: SUAMI ♥ ISTERI ::: ♥

SUAMI
Bukan untuk dibebani
tapi untuk disenangi.

ISTERI
Bukan untuk dibeli
tapi untuk dikasihi.

SUAMI
Soleh adalah suami yang
dapat membimbing isterinya
ke jalan yang di redhai
Allah dan RasulNya.

ISTERI
Solehah adalah isteri yang
taat kepada suaminya dan
melaksanakan perintah
Allah dan RasulNya.

"Persamaan membina keserasian
Perbezaan itu melengkapkan..." ♥

:)

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


~MAMPUKAH SEBUT KALIMAH SYAHADAH~


 ~MAMPUKAH SEBUT KALIMAH SYAHADAH~


"dik, betul ke akak dengar, kalau di dunia ni, kita hidup tak buat amalan, nanti nak mati tak leh nak mengucap?"

" selalunya begitulah kak, ALLAH lebih mengetahui.."

"akak tak percayalah, ape lak kne mengena kan? kalau akak hafal je siap2 kalimah syahadah tu, cener lak? mesti boley kan..?"

"ehm... akak.,"

"ye dik.."

"saya cintakan akak..."

"..??@#$%^& dik? ok tak ni? tetiber je..??"

"betul, saya cintakan akak, akak cintakan saya tak?"

"eh? biar betul adik ni.. ye.."

"tak mau cakap 'ye' ja, akak cakap la yang akak pun cinta pd sy.."

"em.. er.. akak... err. akak.."

"cakap la kak... akak cintakan saya.."

"err.. ehmm.. akakkk.... akak.. tak boleh la dik, tak tekeluar perkataan tu..."

"nape lak kak? susah sangat ke nak sebut??"

"ntah.. tak ley la, akak takde perasaan pada adk, cmna akak nak lafaz perkataan tu.. tak mampu la dik..."

"haa.. cmtu jugak la kalau nk mati nanti kak, kalau kita takda amalan, tak kenal tuhan, tak kenal nabi, nak mati nanti kita payah, tak mampu nak sebut kalimah syahadah tu, biar la hafal cmna pun, kalau takda perasaan tu, tak mampu sebut la kak.. sama je kan? "
:)

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

✿::::Ustaz Azhar Idrus::::✿



Gaji seratus ke, seribu ke, sejuta ke, makan tetap sepinggan, minum tetap segelas. Jadi kenapa cari duit sampai tak sempat nak pergi mengaji?

renung2kan.... :)


______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

::: ANTARA SEBAB MENGAPA REZEKI SUSAH NAK MASUK :::



::: ANTARA SEBAB MENGAPA REZEKI SUSAH NAK MASUK :::

1. Gemar mengungkit-ungkit pemberian

2. Asyik mencanang perihal duit yg tidak cukup untuk urusan itu dan ini

3. Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit

4. Berkira untuk membantu memudahkan hal yang baik

5. Riak bersedekah

6. Banyak berbuat maksiat/kemungkaran

7. Tidak/kurang beristighfar

8. Tidak bersyukur/banyak mengeluh

______________________________________



BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  



ISLAM ITU INDAH

Sunday 17 June 2012

♥ ::: CINTA ALLAH TERHADAP HAMBANYA ::: ♥


♥ ::: CINTA ALLAH TERHADAP HAMBANYA ::: ♥

~Ketika kita mengeluh : “ee, aku penat sangat..."
ALLAH menjawab : “ ...dan KAMI jadikan tidurmu untuk istirahat " (QS 78 : 9).

~Ketika kita mengeluh : “Beratnya dugaan ni, x sanggup aku..."
ALLAH menjawab : “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan ” (QS 2 : 286).

~Ketika kita mengeluh : “serabutnyaa..."
ALLAH menjawab : “ Hanya dengan mengingatku hati akan menjadi tenang ” (QS 13 : 28).

~Ketika kita mengeluh : “apa yang aku buat ni semua sia-sia..."
ALLAH menjawab : ” Siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji dzarah sekalipun, niscaya ia akan melihat balasannya ” (QS 99 : 7).

~Ketika kita mengeluh : “takde sorang pun yang nak tolong aku..."
ALLAH menjawab: “ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, niscaya Aku kabulkan untukmu ” (QS 40 : 60).

~Ketika kita mengeluh : “aku sedihh sangat...”
ALLAH menjawab : “ La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita " (QS 9 : 40). 

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

✿ ::: JIKA KAU BAKAL MENJADI............ :::✿


✿ ::: JIKA KAU BAKAL MENJADI............ :::✿

Jika kau bakal menjadi seorang DOKTOR kelak ,maka rawatlah hati insan yang kian terpesong jauh daripada Agama tercinta.



Jika kau bakal menjadi seorang ARKITEK kelak, maka lakarlah sinar Islam yang mampu menyinari kehidupan setiap Muslim.



Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERA kelak, maka binalah satu ukhuwah yang kukuh antara umat Islam itu.



Jika kau bakal menjadi seorang PEGUAM kelak, maka pertahankanlah Islam dimata dunia



Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERBANG kelak, maka pandulah manusia untuk kembali ke jalan yang diredhai-NYA.



Jika kau bakal menjadi seorang POLIS kelak, maka awasilah umat Islam daripada terus memungkiri Tuhan yang Maha Pencipta.



Jika kau bakal menjadi seorang PENSYARAH kelak, maka didiklah anak bangsa untuk menjadi Muslim yang berjaya.



Jika kau bakal menjadi seorang AKAUNTAN kelak, maka sedarkanlah manusia bahawa pahala ALLAH itu lebih mewah daripada segala-galanya.



Jika kau bakal menjadi seorang GURU kelak, maka bentukkanlah acuan sempurna dalam sanubari anak didik mereka agar kelak menjadi GOLONGAN di atas….

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

Thursday 14 June 2012

✿::: BiLa DaHi BeRtEmU sEjAdAh :::✿


✿::: BiLa DaHi BeRtEmU sEjAdAh :::✿

BILA DAHI BERTEMU SEJADAH,
TERASA KASIHNYA YANG MAHA ESA,
DALAM SUJUD KEHENINGAN PAGI,
MENAGIH KEAMPUNAN ILAHI..

BILA DAHI BERTEMU SEJADAH,
MENGIMBAU AKAN DOSA DAN NODA,
ADAKAH MASIH ADA PELUANG UNTUKKU,
KEMBALI KE JALANMU YA ALLAH...

BILA DAHI BERTEMU SEJADAH,
TERASA KERDILNYA DIRI,
LAHIR DARI SARIPATI YANG HINA,
MENGABDIKAN DIRI KEMBALI KE PANGKUANMU...

BILA DAHI BERTEMU SEJADAH,
HAMBAMU INI BERDOA KEPADAMU,
TETAPKANLAH IMAN HAMBAMU INI,
BERILAH PETUNJUKMU YANG AGUNG,
AGAR BISA DIRI INI TAAT KEPADAMU....

BILA DAHI BERTEMU SEJADAH,
HATI INI MERINTIH KEHINAAN,
MASIHKAH ADA JIHAD DALAM DIRIKU,
SAAT SAUDARAKU DIROBEK KEKEJAMAN,
ADAKAH AKU HANYA MAMPU MELIHAT....

SEBELUM DAHIKU BERTEMU SEJADAH,
SUJUD MENGHARAP KEAMPUNANMU,
HAMPARKANLAH NUR HIDAYAHMU,
LUNTURKANLAH KEHINAAN HAMBAMU INI,
AGAR BISA KU BERDIRI DIHADAPANMU KELAK,
DENGAN PENUH RASA BANGGA MENJADI HAMBAMU YANG KAMIL.. 

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


♥ CINTAI PENCIPTAMU ♥


♥ CINTAI PENCIPTAMU ♥

Jika manusia mengecewakanmu,
jangan berduka kerana Allah selalu menunaikan harapanmu...

Jika manusia menzalimimu,
jangan berduka kerana Allah selalu berlaku adil terhadapmu...

Jika manusia melukaimu,
jangan berduka kerana Allah selalu menitipkan penyembuh buatmu...

Jika manusia menyanyangimu, ketahuilah bahawa
terkumpulnya cinta seluruh manusia dibumi ini tidak akan pernah
menandingi cinta ALLAH terhadapmu... 

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


✿::: SALAM UKHWAH FILLAH:::✿



✿::: SALAM UKHWAH FILLAH:::✿

Mulakan harimu dengan memujiNya,
Subhanallah...
Alhamdulillah...
Allahuakhbar...

Dan berserahlah hanya pada DIA
InsyaAllah.... :)
 
______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

Wednesday 13 June 2012

~BELAJAR IKHLAS~



 ~BELAJAR IKHLAS~

Sama-sama kita hayati kisah ini.. semoga kita dapat manfaat...


"Mari cikgu ajarkan kamu tentang ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya.
"Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya."
"Tak payah, bawa sahaja karung guni."
"Karung guni?" soal anak muridnya, seperti tidak percaya.
"Mari kita ke pasar!"Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.

"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu," kata guru itu memberi arahan.
Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.
"Cukup?"
"Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik."

Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.
"cikgu, kita tidak beli apa-apa kah?"
"Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?"
"Ya, ya..." kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan.

"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu.
"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli," bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.
"Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu," kata orang yang lain.

Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.
"Oh, letih sungguh...
apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni cikgu?"
"Tak buat apa-apa."
"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya," balas anak murid.
"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas..."
"Bagaimana?" tanya anak murid itu kehairanan.

"Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal."
"Dengan memikul batu-batu ini?"
"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu..."
"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"
"Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat..."
"Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!" ujar murid itu. Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYAK dalam beramal.

Pengajaran:

Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat.

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


::: PANDUAN SOLAT HAJAT :::

Solat Sunat Hajat adalah solat yang dilakukan untuk meminta sesuatu hajat yang besar mahupun hajat yang kecil, untuk dicapai, solat sunat hajat dilakukan pada malam hari iaitu 2/3 malam terakhir. Solat sunat ini dilakukan dalam 2 rakaat.
Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud yang terakhir, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah dan besertakan dengan niat hajat yang hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan mudah di makburkan.
______________________________________________

Mandi terlebih dahulu dan mengambil wuduk. Pakaian yang bersih, yang afdal berwarna putih.

Lafaz Niat:
أصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

“Ushollii sunnatal haajati rok’ataini lil laahi ta’aalaa”

Ertinya:

“Sahaja aku solat hajat dua rakaat kerana Allah Taala”

-Cara Solat Hajat

Dibuat sebanyak 2 rakaat, Baca mana-mana ayat lazim selepas surah Al-Fatihah. Selepas salam masih mengadap kiblat, baca surah Alam nashrah (Al-syarh) sebanyak 152 kali. Kemudian mohonlah segala hajat pada Allah SWT.
________________________________________________

-Surah: Alam Nasyrah (Melapangkan)

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ

1. Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu

وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ

2. dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu

الَّذِي أَنقَضَ ظَهْرَكَ

3. yang memberatkan punggungmu [1585]?

[1585] Yang dimaksud dengan "beban" di sini ialah kesusahan-kesusahan yang diderita Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan risalah.

وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ

4. Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu [1586],

[1586] Meninggikan nama Nabi Muhammad s.a.w di sini maksudnya ialah meninggikan derajat dan mengikutkan namanya dengan nama Allah dalam kalimat syahadat, menjadikan taat kepada Nabi termasuk taat kepada Allah dan lain-lain.

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً

5. Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً

6. sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.

فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ

7. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain [1587],

[1587] Maksudnya: sebagian ahli tafsir menafsirkan apabila kamu (Muhammad) telah selesai berda'wah maka beribadatlah kepada Allah; apabila kamu telah selesai mengerjakan urusan dunia maka kerjakanlah urusan akhirat, dan ada lagi yang mengatakan: Apabila telah selesai mengerjakan shalat berdo'alah.

وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ

8. dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.


______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH